Pada 1 Ogos sehingga 6
Ogos yang lalu, Unit Kokurikulum dan Majlis Perwakilan Komander Kesatria
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor telah menganjurkan Komander Kesatria
Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri 9/2019 yang bertempat di UiTM Segamat,
Johor.
Terdapat pelbagai acara
yang dipertandingkan iaitu Merempuh Halangan, E-sport (CS:GO), Kawad Kaki
Formasi, Merdeka Nature Run 2019, Orienteering, Tempur Tanpa Senjata, Duathlon
dan Jalan Lasak. Pertandingan ini telah melibatkan para komander UiTM daripada
17 kampus di seluruh negeri di Malaysia dengan jumlah seramai 805 anggota.
Penempatan dan
pendaftaran para komander bermula daripada 30 Julai 2019 sehingga 1 Ogos 2019.
Pada 1 Ogos 2019, para peserta dibenarkan untuk membuat ujian trek secara rasmi
dan di sebelah malam, terdapat Taklimat Program Komander Kesatria Endurance
Challenge yang bertempat di Dewan Seri Temenggong bagi cabutan undian.
Acara pertama dimulakan
dengan Pertandingan Merempuh Halangan
pada 2 Ogos 2019 (Jumaat), jam 8.00 pagi yang bertempat di litar rempuh
halangan, UiTM Segamat, Johor. Acara ini melibatkan penyertaan daripada 9
komander siswa dan 4 komander siswi beserta 1 komander siswa dan siswi
simpanan. Johan bagi acara ini disandang oleh UiTM Cawangan Johor dengan
catatan masa terpantas 5 minit 37 saat, naib johan dimiliki oleh UiTM Cawangan
Kedah manakala tempat ketiga disandang oleh UiTM Cawangan Perlis.
Berikut ialah senarai
nama Komander Johor yang menyertai pertandingan merempuh halangan:
1. KK MUHAMMAD FIKRI
HAZIQ BIN AYOB
2. KMdy NUR ALIA BINTI
YUSINI
3. KRK MUHAMMAD HAFIS BIN
MUHAMMAD
4. KRM ALIF SYAZWAN BIN
BADROL HISHAM
5. KRM MUHAMMAD AMMAR BIN
ROSLI
6. KRM MUHAMMAD SYAZAANI
BIN ILLHAM
7. KRM MUHAMMAD HARITH
BIN BOLHI
8. KRM MOHAMAD RUSYDUDDIN
BIN MOHAMAD RUSHDI
9. KRM MUHAMMAD NUR FAHMU
BIN A. RAZAK
10. KRM MUHAMMAD RASYIDIN
BIN YUSOF
11. KRM MUHAMMAD ARIF BIN
OTHMAN
12. KRM HUSNA AINI BINTI
SHAHIDI
13. KRM NURUL AMELIA
SYAREENA BINYI NOOR HISYAM
14. KRM HAIZATUL AMIRA
BINTI HAMIDON
15. KRM NUR-LIYANA IZZATI
BINTI MOHD KHAIREE
Pada jam 2.30 petang
pula, acara E-sport (CS:GO) telah
berlangsung di Dewan Sri Temenggong. Pertandingan ini melibatkan 5 orang
peserta daripada setiap kampus dan dikelaskan kepada empat kumpulan. Kemudian,
pertandingan ini bersambung ke peringkat suku akhir yang berlangsung pada 4
Ogos 2019 (Ahad). Perlawanan diteruskan sehingga ke peringkat akhir antara UiTM
Cawangan Johor menentang UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban. Secara
mutlaknya, juara telah jatuh kepada UiTM Cawangan Johor, naib juara disandang
oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban dan tempat ketiga dimiliki oleh UiTM Cawangan
Pahang Kampus Raub.
Berikut ialah senarai
Komander Johor yang menyertai pertandingan E-sport (CS:GO):
1. KRK IRSYADUDDIN BIN YAZID
2. KRK IRFAN WAFIY BIN
ADAM
3. KRK MUHAMMAD HAZIQ BIN
RAFIZ
4. KRM AHMAD FAEIZUL
HELMI BIN AHMAT JOHAR
5. KRM MUHAMMAD SYAZANI
BIN ILLHAM
6. KRM AMZAR MUIZZUDDIN
BIN MAZWAN
Acara ketiga pada 2 Ogos
2019 ialah Pertandingan Kawad Kaki Formasi
yang berlangsung pada jam 8.00 malam dan bertempat di padang kawad UiTM
Segamat, Johor. Setiap kampus yang menyertai pertandingan haruslah mempunyai
kekuatan anggota seramai 30 orang bagi satu platun. Sebelum tibanya giliran
untuk mempersembahkan kawad kaki formasi mereka, platun dikehendaki untuk
membuat pemeriksaan pemakaian terlebih dahulu. Bagi acara ini, tempat pertama
berjaya disandang oleh UiTM Cawangan Johor dengan pungutan mata sebanyak 6141,
tempat kedua dimenangi oleh UiTM Cawangan Perlis dengan pungutan mata sebanyak
6136 manakala tempat ketiga menjadi milik UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan
pungutan mata sebanyak 6135. Bagi Ketua Platun Terbaik, gelaran ini dimenangi
oleh ketua platun daripada UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub yang memperoleh
markah penuh sebanyak 300.
Berikut merupakan senarai
Komander Johor yang menyertai pertandingan kawad kaki formasi:
1. KMdy SAAD BIN ABDUL
SAMAD
2. KMdy NOR FAEIZAH
ZAIKHA BINTI ZAINAL
3. KM NUR SHAMIRA BINTI
SHAHRIZAN
4. KRK NURUL SYUHAIDA
BINTI MOHAMED RASHID
5. KRM MUHAMMAD KHAIRIL
SYAZWAN BIN ZULKIFLI
6. KRM SITI NUR AIN
NADHIRAH BINTI ABD KARIM
7. KRM NURUL ATHIRAH
BINTI WAHIDIN
8. KRM ABU ZAHIN BIN ABU
BAKAR
9. KRM SHAZWINA AMIERA
BINTI SHAMSUDDIN
10. KRM NUT FATIN NAJWA
BINTI MASJAYADI
11. KRM MUHAMMAD ADIB BIN
ASHAARI
12. KRM NUR NASHRIQ NUAIM
BIN MOHD HANIF
13. KRM MUHAMMAD AMIRUL
BIN RASIDI
14. KRM MUHAMMAD ZARIQ
SOFI BIN HASNOLRIZAL
15. KRM MUHAMMAD UZAIR
MUIZZ BIN SALLEHUDDIN
16. KRM MOHAMAD NAZRI BIN
MOHAMAD NIZAM
17. KRM AMNI NASUHA BINTI
ZAMRI
18. KRM MOHAMAD ASHRAF
BIN M. ANUAR
19. KRM NURRUL AIN
FADHILAH BINTI MOHD JUAKHIR
20. KRM NURAIN BINTI
ABDUL RAHMAN
21. KRM NURAIN BATRIESYIA
BINTI ZAKARIA
22. KRM NUR ELYA SYAZWANI
BINTI JOHA
23. KRM NOR NADIAH
SYAKIRAH BINTI NORHIZAM
24. KRM AHNAF IZZUDDIN
BIN SAIDI
25. KRM FARISAH BINTI MD
AZAHAR
26. KRM MOHAMAD FAIROZAN
AMIR BIN MOHD ISMAIL
27. KRM NAZIRA HAZWANI
BINTI HAMINOZAIN
28. KRM NUR ATHIRA BINTI
AHMAD SARUDIN
29. KRM NURUL SHAHIRAH
BINTI NOOR ALLIM
30. KRM MUHAMMAD DANIAL
BIN MD SHARIF
Pada keesokan harinya
iaitu 3 Ogos 2019 (Sabtu), telah berlangsungnya acara Merdeka Nature Run 2019. Acara ini bukan sahaja disertai oleh para
komander UiTM se-Malaysia malah turut mendapat sambutan hangat daripada pelajar
interim dan orang awam yang datang dari segenap penjuru negara. Ia terbahagi
kepada tiga kategori iaitu 3 km (fun run), 6 km dan 12 km. Pemenang bagi
kategori 12 km menerima hadiah berbentuk wang tunai iaitu RM 500 bagi tempat
pertama, RM 300 bagi tempat kedua dan RM 200 bagi tempat ketiga. Bukan itu
sahaja, acara ini turut dipertandingkan kepada para pegawai lelaki dan wanita. Manakala
bagi para komander, ia terbuka kepada kategori 6 km sahaja dan memerlukan
penyertaan 10 siswa dan 10 siswi bagi setiap kampus. Bagi kategori siswa, UiTM
Cawangan Pulau Pinang berjaya menjadi johan, UiTM Cawangan Perak menjadi naib
johan manakala UiTM Cawangan Johor mendapat tempat ketiga. Bagi kategori siswi,
juara disandang oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah, naib
juara dimiliki oleh UiTM Shah Alam dan tempat ketiga menjadi milik UiTM
Cawangan Selangor.
Berikut merupakan senarai
Komander Johor yang menyertai acara Merdeka Nature Run 2019:
Siswa:
1. Lt. M. FIRDAUS BIN
HAMDI (KEST)
2. Lt. M. BADRULSYAH
FIRDAUS BIN MUHAMMAD JOHAR (KEST)
3. KK MUHAMMAD FIKRI
HAZIQ BIN AYOB
4. KRK MUHAMMAD AQLAN BIN
ZULKIFLI
5. KRK MOHAMAD DANISH
HAMDANI BIN MOHAMAD MAJIDI
6. KRM MUHAMMAD AMMAR BIN
ROSLI
7. KRM MUHAMMAD ARIF BIN
OTHMAN
8. KRM MUHAMMAD RASYIDIN
BIN YUSOF
9. KRM MUHAMMAD SYAMIR
BIN MOHD ZAHID
10. KRM MUHAMMAD HARITH
BIN BOLHI
Siswi:
1. KMdy NUR FAEIZAH
ZAIKHA BINTI ZAINAL
2. KM NUR SHAMIRA BINTI
SHARIZAN
3. KRM HUSNA AINI BINTI
SHAHIDI
4. KRM NURUL IZZAH BINTI
AZHAR
5. KRM KHAIRUNNISA’ BINTI
JAMALUDDIN
6. KRM NURUL AFIQAH HUSNA
BINTI AHMAD FATHI
7. KRM NURUL HAIZASAFFIYA
IRYANI BINTI ALI
8. KRM NURUL NAJWA BINTI
ABDULLAH SANI
9. KRM SHARIFAH ALIAH SHARMIN BINTI SYED HUSSIN
10. KRM NOOR AMIERA AINA
10. KRM NOOR AMIERA AINA
Di samping itu, acara
pada hari tersebut turut diselingkan dengan Majlis Perasmian Komander Kesatria
Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri 9/2019 yang dirasmikan oleh DR. SULAIMAN MOHD NOR, Adun Kemelah Wakil
Rasmi YB Tuan Aminolhuda bin Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,
Sumber Manusia, Sains dan Teknologi. Majlis seterusnya menjemput DR. SULAIMAN MOHD NOR diiringi oleh BRIGADIER JENERAL KESATRIA PROFFESSOR MADYA
DR. AHMAD NAQIYUDDIN BAKAR, Rektor
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor bagi menyerahkan bendera kejohanan KKEC UiTM
Siri 9/2019 kepada ketua pembawa bendera, KK Ahmad Nabil bin Hafizan. Lebih
menarik lagi, kesemua peserta dan tetamu jemputan dapat menyaksikan persembahan
gimik perasmian paramotor di udara.
Pada jam 2.30 petang,
acara kemudiannya beralih kepada Pertandingan
Orienteering yang juga bertempat di padang kawad. Acara ini dijalankan
mengikut format orienteering klasik. Ia memerlukan penyertaan seramai 2
komander siswa dan 2 komander siswi. Peserta siswi dilepaskan terlebih dahulu
selang 5 minit bagi setiap kampus yang kemudiannya diteruskan oleh peserta
siswa. Peserta hendaklah melengkapkan dan mencari semua bearing dengan tepat
dan betul. Pemarkahan dinilai berdasarkan markah yang paling tinggi namun
sekiranya terdapat persamaan mata, ia akan dinilai berdasarkan masa terpantas.
Keputusannya, pingat emas digondol oleh UiTM Cawangan Johor, perak disandang
oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau manakala gangsa dimiliki oleh
UiTM Cawangan Perak.
Berikut merupakan senarai
peserta Komander Johor yang menyertai pertandingan orienteering:
1. KRM ARIF AMIRUDDIN BIN
KAMAL AZLAN
2. KRM MUHAMMAD FADHLI
BIN MOHD FUAD
3. KRM NURELYANA BINTI
MOHD AMIN
4. KRM NOOR SYAZUA FITRI
BINTI MOHD ROZY
Pada malam 3 Ogos 2019,
telah berlangsungnya Pertandingan Tempur
Tanpa Senjata di Dewan Sri Temenggong. Setiap kampus yang bertanding wajib
menyediakan 12 orang peserta iaitu 6 siswa dan 6 siswi serta 2 pemain simpanan
iaitu 1 siswa dan 1 siswi. Pertandingan ini mengandungi Lawang 1, Pergerakan 6
Asas dan 1 Langkah bertarung dan kesemua pasukan mestilah menamatkan disiplin
yang disertai dalam masa maksimum 6 minit. Johan bagi acara ini telah disandang
oleh UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau, naib johan dimiliki oleh UiTM
Cawangan Johor dan tempat ketiga jatuh kepada UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Kampus Kuala Pilah.
Berikut merupakan senarai
peserta Komander Johor yang menyertai pertandingan tempur tanpa senjata:
1. KRK MUHAMMAD MUAAZ
HAIKAL BIN YAHYA
2. KRK MUHAMMAD YAFIK BIN
BAHARRUDIN
3. KRM MUHAMMAD KHAIRUDIN
BIN SHAMSOL BAHRIN
4. KRM MUHAMMAD MUSTAKIM
BIN MOHD RAZID
5. KRM MUHAMMAD NUR
SYAHMI BIN UJUD
6. KRM MUHAMMAD
QAIRIZUDDIN BIN OSMAN
7. KRM NUR AFIQAH BINTI
ABDUL RAHMAN
8. KRM NUR ATHIERAH BINTI
MOHD ROMZI
9. KRM NUR HIDAYAH BINTI
MOHD NAZARI
10. KRM NURAINA IZZATY
BINTI HAMDAN
11. KRM NURUL FATEHAH
BINTI AHMAD
12. KRM NURUL AININA
HANIS BINTI MD MOKHTAR
13. KRM UMAR KALIF BIN
ZABIDI
14. KRM YASMIN BINTI
ZAHIMI
Pada hari berikutnya
iaitu pada 4 Ogos 2019 (Ahad), acara Duathlon
telah diadakan bermula dari jam 8.00 pagi yang bertempat di padang kawad.
Duathlon terdiri daripada dua kategori sukan iaitu larian dan berbasikal. Acara
ini memerlukan 8 orang peserta yang mengandungi 2 pelari siswi, 2 pelari siswa,
2 pemain basikal siswi dan 2 pemain basikal siswa. Peserta akan dilepaskan
secara berpasangan mengikut turutan iaitu larian, berbasikal, berbasikal dan
akhirnya larian. Larian melibatkan jarak 6 km manakala berbasikal pula
mengambil jarak sejauh 20 km. Keputusan pertandingan ini ialah, tempat pertama
dimenangi oleh UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dengan catatan masa
keseluruhan 2 jam 57 minit 12 saat. Tempat kedua jatuh kepada UiTM Cawangan
Pulau Pinang dengan catatan masa keseluruhan 3 jam 2 minit 41 saat manakala
tempat ketiga dimiliki oleh UiTM Cawangan Selangor dengan catatan masa 3 jam 9
minit 24 saat.
Berikut merupakan senarai
peserta Komander Johor yang menyertai pertandingan duathlon:
Larian (siswa):
1. KRM ALIF SYAZWAN BIN
BADROL HISHAM
2. KRM MUHAMMAD AMMAR BIN
ROSLI
Larian (siswi):
1. KRM HUSNA AINI BINTI
SHAHIDI
2. KRM NUR FARAH AUNI
BINTI RAHIM
Berbasikal (siswa):
1. KRK AZRIN HAKIM BIN
AZHAR
2. KRM MUHAMMAD ‘AMMAR
AFIQ BIN RAHMAN
Berbasikal (siswi):
1. KMdy NUR SYAZWANA BINTI
SHAMRI EFENDI
2. KRM NUR HAFIZAH BINTI
ROSJASNI
Tanggal 5 Ogos 2019
(Isnin) merupakan hari yang dinanti-nantikan. Pada hari tersebut, telah
berlangsungnya acara yang terakhir iaitu Pertandingan
Jalan Lasak pada jam 8.00 pagi di padang kawad. Acara ini merupakan acara
tradisi dan wajib bagi setiap kejohanan KKEC. Setiap kampus perlu menyediakan 9
komander siswa dan 4 komander siswi beserta 2 pemain simpanan dari peserta
siswa dan siswi. Pasukan akan dilepaskan dalam selang masa 5 minit dan mereka
mestilah berlari dalam satu kumpulan dengan jarak sejauh 8 km. Bagi acara ini,
pingat emas telah menjadi milik UiTM Cawangan Sabah dengan catatan masa
keseluruhan ialah 55 minit 34 saat, pingat perak pula disandang oleh UiTM
Cawangan Pulau Pinang dengan rekod masa 55 minit 54 saat manakala pingat gangsa
menjadi milik UiTM Cawangan Kedah dengan catatan masa selama 56 minit 41 saat.
Berikut ialah senarai
nama Komander Johor yang menyertai pertandingan jalan lasak:
1. KMdy NORBAZRAN BIN
BAHARUM
2. KK MUHAMMAD FIKRI
HAZIQ BIN AYOB
3. KM NURUL IKHMA BINTI
AMERIZAN
4. KM SITI AISYAH BINTI
RUSLAN
5. KRK MUHAMMAD HAFIS BIN
MUHAMMAD
6. KRM ARIF AMIRUDDIN BIN
KAMAL AZLAN
7. KRM MUHAMMAD SYAMIR
BIN MOHD ZAHID
8. KRM MUHAMMAD HAKIMI
BIN MAT HABEHA
9. KRM MUHAMMAD EZAIRY
BIN MOHD LIZA AZMIE
10. KRM UMAR KALIF BIN
ZABIDI
11. KRM MUHAMMAD FIQRI
BIN ABD RAHIM
12. KRM HAIZATUL AMIRA
BINTI HAMIDON
13. KRM NURUL AMELIA
SYAREENA BINTI NOOR HISYAM
14. KRM NORSYUHAIDI NAJMI
BIN SUHAIMIE
15. KRM NUR AMIRATUS
SOLEHAH BINTI SALMUAZAM
Pada sebelah malam pula,
Majlis Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI telah mengadakan Majlis
Penutupan Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Siri 9/2019 bagi
meraikan para atlet yang telah bertungkus lumus bagi meraih kejayaan demi
kampus masing-masing. Majlis dengan berbesar hatinya menjemput BRIGADIER JENERAL KESATRIA PROFFESOR MADYA
DR. AHMAD NAQIYUDDIN BAKAR untuk menyampaikan kata-kata aluan lantas majlis
seterusnya menjemput BRIGADIER JENERAL
KESATRIA SURVEYOR NOOR HALIL ISMAIL, Pengarah Pusat Kokurikulum Universiti
Teknologi MARA bagi menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis penutup
tersebut. Kemudian, majlis turut diserikan lagi dengan persembahan tarian
tradisional daripada kumpulan D’Waris Dance di samping para tetamu menjamu
selera. Usai itu, majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah
kepada para pemenang bagi 8 acara yang dipertandingkan sekaligus mempersilakan LEFTENAN KOLONEL KESATRIA KHADIJAH BINTI
SALLEH, Pegawai Kokurikulum Kanan UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah selaku
ketua pengadilan dan bantahan KKEC UiTM Siri 9/2019 untuk mengumumkan keputusan
pemenang keseluruhan bagi KKEC UiTM siri 9/2019.
Berikut merupakan keputusan rasmi keseluruhan Pertandingan KKEC UiTM Siri 9/2019:
1. UiTM Cawangan Johor
2. UiTM Cawangan Pulau Pinang
3. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah
4. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau
5. UiTM Cawangan Selangor
6. UiTM Cawangan Perlis
7. UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban
8. UiTM Cawangan Perak
9. UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka
10. UiTM Cawangan Kedah
11. UiTM Shah Alam
12. UiTM Cawangan Sabah
13. UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub
14. UiTM Cawangan Terengganu
15. UiTM Cawangan Melaka
16. UiTM Cawangan Kelantan
17. UiTM Cawangan Sarawak
Ironinya, pertandingan
ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran fizikal dan semangat berdaya
saing dalam kalangan peserta. Bagi setiap keringat dan penat lelah demi
mencapai kejayaan dalam pertandingan yang berprestij ini, telah membuktikan
bahawa para komander UiTM se-Malaysia mempunyai sifat juang yang tinggi dan
tidak mudah berputus asa.
Adat pertandingan, ada
yang kalah dan ada juga yang menang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para
peserta yang telah menamatkan pertandingan ini dengan jayanya. Jangan putus
harapan dan teruslah bangkit demi masa yang mendatang. Semoga kita berjumpa
lagi di KKEC akan datang di Perlis pada tahun 2020 nanti.
Once a commander, always
a commander!