Pada
1 Februari sehingga 10 Februari 2019 yang lalu, Universiti Teknologi Mara
Cawangan Johor kampus Segamat telah mengadakan Latihan Intensif Bakal Komander
(LIBK) Siri 33/2019 dan Latihan Intensif Brass Band (LIBB) Siri 30/2019. Kekuatan anggota adalah seramai
150 orang Bakal Komander yang terdiri daripada 115 peserta cawangan Segamat dan
35 peserta cawangan Pasir Gudang serta 73 orang anggota Brass Band.
Latihan
yang berlangsung selama sepuluh hari ini adalah bertujuan untuk membentuk jati
diri para peserta dan melatih mereka menjadi individu yang berwibawa,
bertanggungjawab, efektif serta mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal
yang tinggi. Selain itu, latihan intensif ini bertujuan bagi memastikan
penyatuan mutu permainan dan kawad pancaragam yang baik dan mantap dalam
meningkatkan koordinasi sebagai satu pasukan.
Bagi
Latihan Intensif Bakal Komander Siri 33, latihannya adalah tertumpu kepada pembelajaran
pergerakan asas kawad kaki dengan dibimbing oleh empat orang jurulatih serta
Komander Kesatria Batalion VI Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor. Selain daripada pembelajaran kawad kaki, para
peserta juga didedahkan dengan kaedah merempuh halangan, ilmu pertolongan cemas dan asas peta.
Para peserta LIBK Siri 33/2019 membuat latihan kawad tongkat
Bakal Komander menjalankan aktiviti merempuh halangan di bawah seliaan jurulatih
Manakala
bagi peserta Latihan Intensif Brass Band Siri 30, mereka mempelajari pelbagai
perkara asas untuk menjadi seorang anggota Brass Band dan mempelajari cara menggunakan
alatan muzik di bawah bimbingan tiga orang jurulatih.
Anggota Brass Band mempelajari cara menggunakan alatan muzik
Pada
10 Februari 2019, telah berlangsungnya MAJLIS
TAMAT LATIHAN INTENSIF BAKAL KOMANDER SIRI 33/2019 DAN LATIHAN INTENSIF BRASS
BAND SIRI 30/2019 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR yang bertempat
di padang kawad. Majlis simbolik pemakaian pangkat telah disempurnakan oleh Puan
Hajah Natrah Binti Ismail yang
merupakan Ahli Parlimen Sekijang.
Majlis simbolik pemakaian pangkat
Di samping itu, upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang juga telah dilaksanakan. Bagi Peserta Terbaik Akademik, disandang oleh Komander Rendah Muda Syahir bin Shaharuddin. Pemenang Peserta Terbaik Kawad Kaki pula jatuh kepada Komander Rendah Muda Muhammad Aidil bin Mohamad Azhar. Seterusnya, bagi Peserta Terbaik Keseluruhan disandang oleh Komander Rendah Muda Muhammad Uzair Muizz bin Sallehuddin. Manakala, Anugerah Platun Terbaik jatuh kepada platun dua yang diketuai oleh Komander Rendah Muda Muhammad Aiman Danish bin Hisham dengan kekuatan anggota seramai 35 orang
Upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Dengan
ini, secara rasminya peserta Latihan Intensif Bakal Komander siri 33/2019
berjaya menyandang KOMANDER RENDAH MUDA
(KRM) Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor dan juga pengiktirafan sebagai Anggota Brass Band Siri
30/2019.
Usai berlangsungnya Majlis Tamat LIBK Siri 33/2019 dan LIBB Siri 30/2019 di padang kawad, majlis selanjutnya berpindah ke Dewan Sri Temenggong bagi meneruskan upacara penyerahan sijil Latihan Intensif Bakal Komander dan Latihan Intensif Brass Band kepada para peserta.
Upacara kemudiannya diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Yang Berhormat Puan Hajah Natrah binti Ismail, nyanyian lagu dan perarakan keluar dewan.
Usai berlangsungnya Majlis Tamat LIBK Siri 33/2019 dan LIBB Siri 30/2019 di padang kawad, majlis selanjutnya berpindah ke Dewan Sri Temenggong bagi meneruskan upacara penyerahan sijil Latihan Intensif Bakal Komander dan Latihan Intensif Brass Band kepada para peserta.
Penyampaian sijil LIBK
Upacara kemudiannya diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Yang Berhormat Puan Hajah Natrah binti Ismail, nyanyian lagu dan perarakan keluar dewan.
Penyampaian cenderahati