Pada 25
Jun 2014, Kompeni Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) UiTM Cawangan Johor telah
mengadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan di LT1 jam 8.30 Malam. Seramai 200 org
termasuk jurulatih, para komander, dan para pelajar telah menghadirkan diri
pada malam tersebut. Perjumpaan ini bertujuaan untuk membubar ahli jawatankuasa
yang lama dan melantik ahli jawatankuasa yang baru.
KRM
Rabiatul Adawiyah Binti Harun telah ditugaskan sebagai pengerusi majlis untuk
perjumpaan pada kali ini. Majlis dimulakan dengan bacaan Asmaul Husna dan
bacaan doa yang diketuai oleh KRK Abdul Rahman Bin Azlan. Selepas itu ucapan
alu-aluan disampaikan oleh Penyelaras Kompeni JPAM, Left. (Kest.) Muhammad
Fairus Bin Abdul Shukor. Disusuli dengan ucapan Pegawai Kehormat Kompeni JPAM,
Kapt (Kest) Muhamad Ismail Bin Pahmi.
Kapt (Kest) Muhamad Ismail Bin Pahmi |
Seterusnya
majlis diteruskan dengan Pembubaran Jawatankuasa Kompeni JPAM sesi November
2013-April 2014 oleh Mantan Ketua Kompeni JPAM sesi November 2013-April 2014,
KM Nazatul Hazwani Binti Mohd Zal dan Pelantikan Jawatankuasa Baru Kompeni
Jabatan Pertahanan Awam Sesi Jun – Oktober 2014 oleh Ketua Kompeni Jabatan
Pertahanan Awam KM Shafikah Nuriman Binti Md Nazri.
Ucapan
diteruskan lagi dengan Pembentangan Organisasi JPKK Batalion VI Sesi Jun-Oktober
2014 oleh Pegawai Latih 1 KMdy Muhizan Bin Miskam. Beliau memberi penerangan serba
sedikit mengenai Komander Kesatria serta kejayaan yang telah mereka capai
sepanjang semester lepas. Para pelajar juga amat digalakkan agar menyertai
Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion VI.
Sebelum
besurai dan bergerak ke jamuan ringan, para tetamu ditayangkan dengan tayangan
multimedia berupa video organisasi Jawatankuasa Komander Kesatria Batalion VI sesi
Jun-Oktober 2014 serta aktiviti-aktiviti yang dilakukan pada semester lepas
serta video Jawatankuasa Kompeni Jabatan Pertahanan Awam sesi Jun – Oktober
2014 dan aktiviti kompeni JPAM sepanjang November 2013 – April 2014.
.
Semasa Majlis Dijalankan |
Gambar kenangan AGM Jabatan Pertahanan Awam Malaysia |