Pada
24 Januari 2014 - 25 Januari 2014 Camping Kompeni Charlie telah
berlangsung bertempat di Saujana Asahan,
Melaka. Program ini berlangsung selama 2 hari 1 malam. Seramai 141 pelajar
Kokurikulum Kesatria Negara 1 Kompeni Charlie
dan 21 komander pengiring bersama 3 orang jurulatih iaitu Encik Sahlan, Encik
Aziz dan Encik Rawi. Juga penyelaras kokurikulum, Left (Kest.) Jamil bin Sulong
dengan pegawai Unit Kokurikulum UiTM Segamat Puan Norsyidah.
24 Januari 2014
Tepat pada jam 3:00 petang pelajar
kompeni Charlie telah bertolak dari UiTM Segamat dan tiba pada destinasi pada
5.30 petang. Pelajar terus mendirikan solat asar berjemaah di surau. Khemah didirikan dengan bimbingan
komander dan jurulatih.
Selepas itu, para peserta dihidangkan dengan
minum petang. Solat Maghrib dan Isyak di surau dan tazkirah diberikan oleh
pelajar bagi mengisi masa antara dua waktu solat tersebut. Pada pukul 9.00
malam pelajar menikmati masakan ‘barbeque’. Pada jam 10.00 malam, selepas menikmati
BBQ pelajar membuat persembahan dan daripada
kumpulan lain dan para jurulatih menjadi penonton.
Pada jam 11:30 Malam Pelajar dibawa
berkumpul di track nightwalk dan diberi taklimat nightwalk oleh Jurulatih. Aktivit
Nightwalk tamat pada jam 2.00 pagi. Pelajar diberi minum malam dengan menu BBQ
yang lebih dan biskut bersama air teh. Pelajar diberi tugas untuk sentry
mengikut giliran setiap sesi sentri terdapat bersama komander pengiring.
25 Januari 2014
Pada jam 5:30 pagi pelajar diberi
masa untuk meguruskan diri dan telah bergerak ke surau pada jam 5:45 pagi.Para
peserta telah mendirikan Solat Subuh berjemaah. Pada 6:45 pagi pelajar bergerak
ke padang untuk ‘physical training’ ringan sehingga jam 8:30 pagi. Pelajar
diberi sarapan pagi dengan menu bihun goreng dengan nugget ayam.
Pada jam 10:00 pagi pelajar diberi
taklikmat flying fox dan abseling oleh jurulatih flying fox dan abseling. Aktiviti
flying fox dijalankan untuk semua pelajar ko sehingga jam 11:00. Pelajar lelaki
diberi masa untuk bersiap untuk solat jumaat di masjid dengan kenderaan bas dan
van bersama jurulatih, penyelaras dan komander pengiring. Pelajar perempuan
diberi tugas sedikit untuk menolong komander bagi meringankan beban. Pelajar
makan tengahari sebaik sahaja pelajar balik daripada solat jumaat. Program
diteruskan dengan majlis penutup di dewan Saujana Asahan dan diberikan taklimat
oleh penyelaras kokurikulum iaitu Left (Kest.) Jamil bin Sulong. Pelajar
mendapat hadiah untuk pertandingan sepanjang kem dan jurulatih dan penyelaras
mendapat cenderahati.
Pada jam 4:00 petang, pihak yang terlibat pulang ke UiTM Segamat selepas mengemas barang, khemah -khemah serta membersihkan tapak perkhemahan bergerak untuk balik ke UiTM Segamat.