Kami bertolak dari kampus pada 5 Mei 2012 jam 6.30 pagi. Kami menaiki sebuah bas UiTM untuk menuju ke UiTM Pulau Pinang. Tempoh perjalanan yang agak lama telah mengambil masa selama 10 jam untuk tiba ke destinasi. Dalam perjalanan kami juga sempat berhenti untuk solat dan makan. Kami telah tiba pada pukul 5 petang dan terus membuat pendaftaran untuk penginapan. Selepas itu kami berehat dan menyiapkan diri untuk pergi solat berjemaah di masjid. Pada malam itu, pihak pengurusan mengadakan aktiviti Malam Jalinan Kasih Sayang bagi mengenali setiap kampus UiTM seluruh Malaysia. Pada malam itu juga, cabutan angka giliran bagi acara Jalan Lasak dan Paintball. Bagi acara Jalan Lasak, kami mendapat giliran ke 11 manakala Paintball pula giliran ke 7. Selepas itu, majlis berakhir dan kami pulang ke penginapan masing-masing.
Pada keesokan harinya, semua Komander dari setiap kampus berkumpul pada pukul 5.30 pagi untuk solat subuh berjemaah dan sarapan bersama-sama. Selepas itu, kami semua bertolak ke Sungai Selim, Kedah untuk bertanding dalam beberapa acara iaitu Paintball, Jalan Lasak dan EOQ pada jam 6.30 pagi. Tempoh perjalanan ke Sungai Selim mengambil masa dalam 1 jam dengan pertolongan skuad Polis Trafik. Kami telah selamat sampai ke destinasi pada jam 7.30 pagi. Selepas itu semua peserta berkumpul di kawasan lapang untuk mendengar beberapa taklimat. Setiap acara dipertandingkan secara serentak dan banyak sorakan daripada kampus yang lain bagi menyokong kumpulan masing-masing. Setelah tamat, kami kembali pulang ke UiTM Pulau Pinang untuk aktiviti seterusnya. Pada malam itu pula, kami semua berkumpul di dalam Dewan Besar UiTM Pulau Pinang untuk sesi Malam Sedar Diri. Majlis tersebut dihadiri oleh seorang penceramah dari Indonesia iaitu Bapak Firdaus. Beliau telah memberi motivasi yang hebat kepada semua peserta yang hadir pada malam itu. Selepas tamat sesi pada malam itu, kami pulang berehat ke penginapan masing-masing.
Pada hari seterusnya, acara yang dipertandingkan adalah Puncak 6 Menara dan Iron chef. Acara Iron Chef hanya disertai oleh staff-staff kokurikulum dari setiap kampus. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli. Manakala Puncak 6 menara mempunyai 6 orang ahli dalam setiap kumpulan wakil dari setiap kampus. Kedua-dua pertandingan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari, Selepas itu, pada pukul 3.00 petang pula adalah sesi raptai untuk Majlis Penutupan pada keesokkan harinya. Sesi raptai berakhir pada petang itu dan kemudian kami semua pulang ke penginapan masing-masing. Pada malam itu pula, majlis makan malam berlangsung bagi mengeratkan lagi silaturahim antara setiap kampus. Majlis berakhir kira-kira pada pukul 11 malam.
Hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap peserta yang telah menyertai acara yang dipertandingkan bagi mengetahui siapa yang bakal memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga dalam setiap acara. Majlis Penutupan berlangsung pada jam 8.30 pagi dan telah dirasmikan dan ditutup oleh Prof Dato' Dr Abdullah Mohamad Said selaku Timbalan naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM. Seterusnya acara penyampaian hadiah bagi para pemenang. UiTM Johor telah memenangi tempat pertama dalam Iron Chef (Staff Kokurikulum), tempat kedua dalam acara Jalan Lasak dan tempat ketiga dalam acara Paintball. Kejayaan ini telah menaikkan lagi nama Komander Jengking Johor dalam UiTM SeMalaysia. Majlis berlangsung dengan jayanya dan selepas itu para peserta KKEC 2012 pulang ke kampus masing-masing.