14 dan 15 September yang lalu, UiTM telah mengadakan pertandingan 'UiTM Tower Challenge 2012' bertempat di UiTM Shah Alam, Selangor. Selain itu, IPTA-IPTA yang lain juga turut serta menyertai pertandingan Tower Challenge ini. Setiap kampus mnghantar wakil dan UiTM Johor juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai pertandingan ini. Senarai peserta yang menyertai pertandingan ini ialah :
Komander:
KM Ammar Hakim bin Zulkofli
KM Dayang Suraya bt Sabtu
KM NorHazura bt Abdul Kadir
KRK Nurul Zallie bin Shaiful Asmady
KRK Siti Nurazima bt Ahmad Jais
KRK NorSuliana bt Saupi
KRK NurSyuhada bt Muhmad Jamin
KRK Nabilah bt Musa
KRK Nurhazwani bt Mohd Zal
KRK Noreen Farahin bt Supardin
KRK Noreen Farahin bt Supardin
Pelajar dari kompeni Bakal Komander: 3 orang
Pelajar dari KO sukan : 1 orang
Terdapat tiga kategori dipertandingkan iaitu Terbuka lelaki dan wanita, Kategori Institut Pengajian Tinggi(IPT) lelaki dan wanita, serta Terbuka Kolej lelaki dan wanita (UiTM). Peserta terpaksa menaiki anak tangga di Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) dan Menara Sains dan Teknologi dan menamatkan larian di Stadium UiTM.
Peserta dari UiTM Johor telah memenangi tempat ke-10 bagi kategori Lelaki IPT dan Wanita IPT iaitu KM Ammar Hakim bin Zulkofli dan KRK NurSyuhada bt Muhmad Jamin. Mereka telah mendapat pingat dan wang tunai sebagai hadiah. Tahniah kepada para pemenang. Tingkatkan lagi usaha untuk pertandingan yang akan datang!