MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Friday, February 17, 2017

" A DAY TO REMEMBER "( INDUKSI ) KOMPENI BRASS BAND SESI DISEMBER 2016 - APRIL 2017

Pada 11 Februari 2016, bersamaan hari Sabtu yang lalu, telah berlansungnya program induksi kompeni Brass Band dengan bertemakan " A Day To Remember ". Program ini dilaksanakan untuk merapatkan hubungan diantara pelajar kokurikulum semester satu, semester dua, dan semester tiga kompeni Brass Band UiTM Johor, kampus Segamat, senior - senior kompeni Brass Band serta  komander - komander kompeni Brass Band. Program ini juga diadakan untuk menanam semangat kerjasama antara satu sama lain melalui aktiviti berkumpulan.  Program ini dijalankan sekitar UiTm dan Bandroom. Program ini dimulakan dengan pendaftaran pada 7: 30 pagi. Selepas itu, program diteruskan lagi dengan aktiviti bersenam atau zumba.

Para pelajar sedang bersenam



Seterusnya, semua pelajar diberi sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti explorace.
Bersarapan sebelum explorace

Setelah selesai bersarapan, program diteruskan lagi dengan explorace. Para pelajar dipecahkan kepada lima kumpulan, dimana setiap kumpulan terdapat setiap pelajar dari setiap semester iaitu satu, dua, dan tiga. Setelah dipecahkan kepada lima kumpulan, aktiviti diteruskan dengan Ice Breaking, para pelajar dikehendaki berbincang untuk membuat sorakan kumpulan masing - masing.

Para pelajar sedang berbincang dalam kumpulan masing - masing
Aktiviti explorace dimulakan selepas semua kumpulan mempersembahkan sorakan masing - masing. Bagi aktiviti explorace, terdapat lima penanda yang berlainan tugasan, setiap kumpulan mestilah menyelesaikan tugasan yang telah ditetapkan di setiap penanda sebelum ke penanda akhir.

Penanda pertama
Di setiap penanda juga telah disediakan hukuman bagi kumpulan yang tidak dapat menyelesaikan tugasan seperti yang dikehendaki.


Penanda kedua

Penanda ketiga

Penanda keempat

Penanda kelima

Selepas tamat aktiviti explorace, semua pelajar diberi makan tengahari dah pulang untuk persiapan majlis kebudayaan dan majlis penutupan. Pada majlis kebudayaan, para pelajar dibahagi mengikut kumpulan untuk membuat persembahan. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang telah berjaya mendapat tempat dalam aktiviti explorace dan bgi kumpulan yang telh membuat persembahan yang terbaik. Majlis berakhir pada pukul 5:00 petang.

Gambar kenang-kenangan antara senior dan komander kompeni Brass Band

Gambar kenangan antara para pelajar kokurikuklum, senior dan komander kompeni Brass Band
Bersesuaian dengan tema " A Day To Remember " , semoga program induksi ini menjadi suatu hari yang sangat bermakna bagi semua pelajar. Sekian.














Tuesday, February 14, 2017

MAKAN MALAM REGIMENTAL SESI DISEMBER 2016 - APRIL 2017

Malam Regimental merupakan majlis makan malam yang dilakukan ala makan malam tentera pada 30hb Januari 2017.

Majlis Makan Malam Regimental diadakan untuk menghargai jasa para komander yang telah menamatkan pelajaran dan penyampaian anugerah kepada komander terbaik dari segi akademik mahupun kokurikulum.

Selain itu, majlis ini juga adalah bertujuan untuk merasmikan penutupan Kursus Pengenalan dan Pemantapan Komander Kesatria yang diadakan pada 27-28hb Januari 2017. 

Majlis dimulakan dengan jamuan makan malam yang memerlukan semua tetamu jemputan dan tetamu yang dirai untuk makan mengikut irama muzik.

    

Gambar-gambar susunan meja

Setelah selesai jamuan makan malam, semua tetamu berpindah majlis. Majlis diteruskan dengan ucapan alu aluan daripada KK Firdaus Bin Hamdi.


Kemudian, dengan segala hormatnya, ucapan Rektor UiTM Johor bagi merasmikan Makan Malam Regimental .


 Kemudian, majlis diteruskan dengan penyampaia Watikah Pentauliahan Leftenan Muda Kesatria, penyampaian bintang penghargaan dan penyampaian anugerah. 

Antara anugerah yang telah disampaikan adalah :

 -Anugerah Komander Dekan
                        -Anugerah Komander Terbaik Luar Bidang
                     -Anugerah Komander Terbaik Akademik
                        -Anugerah komander Kepimpinan Terbaik
                          -Anugerah Komander Terbaik Keseluruhan


Anugerah Komander Terbaik Luar Bidang disandang oleh Lt.M Asiahtul Qubra Binti Mat Zain



Anugerah Komander Terbaik Akademik Lt.M Jannatul Farhana Binti Rahman dan Lt.M Nur Faizatul Syazwani Binti Sulaiman.


Anugerah Komander Kepimpinan Terbaik Lt.M Nur Aqilah Binti Jani.



Dan Anugerah Komander Terbaik Keseluruhan Lt.M Muhammad Tashiq Bin Basri.

Seterusnya diteruskan lagi dengan majlis penghargaan dan persaraan Tuan Juakhir dan penyampaian cenderahati kepada VVIP.




Selesai sahaja penyampaian cenderahati dan nyanyian lagu, maka berakhirlah majlis Makan Malam Regimental. Para tetamu VIP, beransur pulang dalam keadaan yang gembira.

Kami mendapat ucapan syabas dan tahniah daripada Mejar Kesatria Ujud bin Pabil, Pegawai Kokurikulum, kerana berjaya menjalankan majlis Makan Malam Regimental dengan jayanya.