MAJLIS PERWAKILAN KOMANDER KESATRIA


Saturday, January 21, 2017

MAJLIS PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI SISWA BOMBA BANTUAN (ASAS) SESI DISEMBER 2016 - APRIL 2017

Pada tanggal 13 Januari 2017, bersamaan hari Jumaat yang lalu, telah berlansungnya Majlis Perjumpaan Dwi - Tahunan Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas) bagi sesi Disember 2016 - April 2017, majlis ini telah diadakan di Dewan Kuliah (DK1) , pada pukul 3:00 petang. Pada Mesyuarat Agong kali ini KRK Nurfarahien Binti Sa’id telah bertugas sebagai pengerusi majlis.


Antara pelajar yang hadir ke Majlis Perjumpaan Dwi - Tahunan 
Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas) bagi sesi Disember 2016 - April 2017.

Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada penyelaras Komander Kesatria, Lt.Mohd Juakhir Bin Hassan (KEST), penasihat Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas), Mejar (K) Ahmad Kamarulzaman Bin Othman, wakil TOP 10, KMdy Nur Shamira Shamin Binti Kamaruddin, Ketua Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas), KM Ainnur Haziqah Binti Mohd Rapi, barisan jurulatih Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas), wakil-wakil TOP 10, mantan-mantan komander Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas), serta pelajar kokurikulum Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas) kerana sudi menghadiri program Perjumpaan Dwi-tahunan Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas) sesi Disember 2016 – April 2017.

Bagi memberkati lagi majlis yang mulia ini, Saudara Badrul Ismail Bin Mustakim telah dilantik sebagai ketua dalam mengetuai pembacaan doa.

Ketua Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas) , iaitu KM Ainnur Haziqah Binti Mohd Rapi telah membuat perlantikan ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas) sesi Disember 2016-April 2017.

Ucapan daripada Ketua Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas)
iaitu KM Ainnur Haziqah Binti Mohd Rapi

KMdy Nur Shamira Shamin Binti Kamaruddin pada semester ini mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua Ahli Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas) yang hadir kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi pada perjumpaan kali ini. Di samping itu, beliau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung baru-baru ini antaranya ialah Karnival PERKAD pada semester lepas dan Jambori Komander Kesatria 2016.

Ucapan daripada wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria 
iaitu KMdy Nur Shamira Shamin Binti Kamaruddin


Leftenan Mohd Juakhir Bin Hassan (KEST) berucap kepada pelajar semester 1 agar memberi kerjasama dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh jurulatih. Beliau juga menerangkan aktiviti yang akan dijalankan oleh pelajar sepanjang semester ini.



Ucapan daripada Leftenan Juakhir Bin Hassan (KEST).


Mejar (K) Ahmad Kamalrulzaman Bin Othman selaku penasihat Kompeni Siswa Bomba Bantuan(Asas) mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru semester 1 ke Kompeni Bomba dan Penyelamat bagi sesi Disember 2016 – April 2017. Diharapkan para pelajar Kompeni Siswa Bomba Bantuan(Asas) dapat memberikan kerjasama yang baik kepada semua pihak.


Ucapan daripada penasihat Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas) 
iaitu Mejar (K) Ahmad Kamalrulzaman Bin Othman.

Para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dengan persembahan multimedia yang disediakan. Seterusnya para tetamu jemputan berpindah majlis untuk menjamu hidangan yang disediakan.

Para tetamu jemputan menikmati hidangan yang telah disediakan.

Pengerusi majlis iaitu KRK Nurfarahien Binti Sa’id mengharapkan kerjasama dari setiap ahli Kompeni Siswa Bomba Bantuan(Asas) supaya dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pengerusi majlis telah mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.

Gambar kenang - kenangan Kompeni Siswa Bomba Bantuan (Asas)

MAJLIS PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI PERSATUAN BULAN SABIT MERAH (PBSM) SESI DISEMBER 2016 - APRIL 2017


Pada 12 Januari 2017 bersamaan dengan hari Khamis, Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah telah mengadakan Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah bertempat di Dewan Kuliah 1 (DK1) pada pukul 8 malam. Majlis dihadiri oleh 11 komander Persatuan Bulan Sabit Merah, seorang tetamu VIP, 44 orang tetamu jemputan dan 110 orang pelajar Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah.

Pada Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan kali ini, KRM Nurul Najihah Binti Jafri telah diberi tanggungjawab untuk menjadi pengerusi majlis. Ucapan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kerana sudi menghadiri perjumpaan bagi sesi Disember 2016 - April 2017.

Bagi menambah keberkatan majlis, Muhammad Ameer Haziq Bin Mohd Aziz telah mengetuai bacaan Asmaul Husna dan bacaan doa.

Bacaan doa oleh Muhammad Ameer Haziq Bin Mohd Aziz.


Seterusnya, Ketua Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), KM Nur Nadia Binti Rosli telah menyampaikan kata alu-aluan kepada para hadirin yang telah menghadiri Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah. Beliau merasmikan pembubaran ahli jawatankuasa Kompeni PBSM sesi Jun - Oktober 2016 dan seterusnya melantik ahli jawatankuasa baru bagi Kompeni PBSM sesi Disember 2016 - April 2017. 


 
 Ucapan daripada Ketua Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah
 iaitu KM Nur Nadia Binti Rosli.


Selanjutnya, ucapan daripada wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK), Komander Kanan Firdaus Bin Hamdi, selaku Pegawai Memerintah JPKK mengucapkan selamat datang kepada pelajar semester 1. Beliau membentangkan carta organisasi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI.  Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemputnya ke Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).


 
  Ucapan daripada wakil Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK)
iaitu Komander Kanan Firdaus Bin Hamdi, selaku Pegawai Memerintah dalam JPKK.


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Penyelaras Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah iaitu Leftenan Muhizan Bin Miskam (KEST). Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kerana menjemputnya ke Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah sesi Disember 2016 - April 2017.


Ucapan daripada penyelaras Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah 
iaitu Leftenan Muhizan Bin Miskam (KEST) .


 Pencapaian persatuan sepanjang semester yang lepas dan perancangan aktiviti bagi semester pada semester pada kali ini turut didedahkan kepada para tetamu dan pelajar kokurikulum.

Para tetamu didedahkan lagi tentang aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang semester lepas dengan persembahan multimedia yang telah disediakan oleh Ahli Jawatankuasa Biro Multimedia PBSM.

Selain itu, para hadirin menyanyikan lagu Darah Satria dan UiTM Di Hatiku dan seterusnya para tetamu jemputan dipersilakan untuk berpindah majlis bagi menikmati hidangan yang telah disediakan.

 
 
 Para tetamu jemputan menikmati hidangan yang telah disediakan.

Pengerusi Majlis iaitu KRM Nurul Najihah Binti Jafri berharap agar segala amanat dan ilmu berguna dapat diaplikasikan dan digunakan sebaik mungkin serta menjadi pembakar semangat. Majlis Perjumpaan Dwi-Tahunan Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah diakhiri dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.




 Gambar kenang-kenangan Kompeni Persatuan Bulan Sabit Merah.

Sekian, terima kasih.

Friday, January 20, 2017

PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KOMPENI KESATRIA KEMBARA SESI DISEMBER 2016 - APRIL 2017

Pada 10 Januari 2017 bersamaan dengan hari Selasa yang lepas telah diadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan Kesatria Negara Kompeni Kesatria Kembara Sesi Disember 2016 - April 2017 di Dewan Kuliah 1 (DK1) pada jam 8:30 malam.

Pendaftaran bagi pelajar semester 1, 2 dan 3.
Pengerusi majlis bagi perjumpaan pada kali ini ialah KRM Nur Batrisyia Binti Zanundin. Ucapan terima kasih serta kata alu-aluan diucapkan kepada penasihat Kompeni Kesatria Kembara, wakil TOP 10 Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria (JPKK),  Ketua Kompeni Kesatria Kembara, komander-komander Kesatria Kembara,  semester 1, 2 dan 3 kerana sudi menghadiri Mesyuarat Agong Dwi-Tahunan Kompeni Kesatria Sesi Disember 2016 - April 2017.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Muhammad Firdaus bin Mohd Sao'd bagi memberkati lagi majlis yang mulia ini.

Bacaan doa yang diketuai oleh Muhammad Firdaus bin Mohd Sao'd.
Majlis seterusnya menjemput Penyelaras dan Penasihat Kompeni Kesatria Kembara iaitu  Lt. Muhammad Fairus Bin Abdul Shukor (KEST) untuk menyampaikan sedikit ucapan serta majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Ketua Kompeni Kesatria Kembara iaitu KM Ammar bin Abdul Rahim untuk membubarkan Ahli Jawatankuasa Kompeni Kesatria Kembara yang lama dan membuat perlatikan ahli jawatankuasa yang baru bagi Kompeni Kesatria Kembara sesi Disember 2016 - April 2017. Beliau berharap agar para pelajar semester 1, 2 dan 3 dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada para Komander Kesatria.

Ucapan daripada penyelaras dan penasihat Kompeni Kesatria
Kembara.
Ucapan daripada Ketua Kompeni Kesatria Kembara.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh wakil TOP 10 Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria Batalion VI (JPKK), iaitu KMdy Nur Husnina binti Amran. Beliau mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua ahli Kompeni Kesatria Kembara kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menghadiri perjumpaan kali ini. Disamping itu, beiau juga menerangkan sedikit sebanyak tentang aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung baru-baru ini.

Ucapan daripada wakil Top 10.
Majlis terus berlansung dengan tayangan multimedia yang mendedahkan aktiviti-aktiviti semester lepas pada para tetamu. Seterusnya para tetamu jemputan berpindah majlis untuk menjamu hidanganyang telah disediakan.

Pengerusi majlis iaitu KRM Nur Batrisyia Binti Zanundin mengharapkan kerjasama daripada setiap ahli Kompeni Kesatria Kembara supaya memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya, Pengerusi majlis telah mengakhiri mesyuarat pada kali ini dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.

Gambar kenang-kenangan Kompeni Kesatria Kembara.



PERJUMPAAN DWI-TAHUNAN KESATRIA NEGARA KOMPENI CHARLIE SESI DISEMBER 2016 - APRIL 2017


Pada 8 Januari 2017 bersamaan hari Ahad, telah diadakan Perjumpaan Dwi-Tahunan Kesatria Negara Kompeni Charlie sesi Disember 2016-April 2017 bertempat di Dewan Kuliah 1 (DK1) pada jam 8.30 malam.

Pendaftaran pelajar kokurikulum bagi semester 1.

Pada perjumpaan kali ini, saudari KRM Nur Farezah Binti Sahruddin telah bertugas sebagai pengerusi majlis. Ucapan ribuan terima kasih serta ucapan alu-aluan diucapkan kepada Lt. Kol. (K) Syazali Effendi Bin A.Wahab (KEST), selaku Ketua Pegawai Kehormat Kokurikulum Kesatria Negara 1, Penyelaras Kompeni Charlie Lt. (K) Muhammad Fairus Bin Abd Shukor, Penasihat Kompeni Charlie Kapt. (K) Siti Zarikh Sofiah binti Abu Bakar, KM Nurul Asmawani Binti Karim, selaku Ketua Kompeni Charlie, KMdy Siti Nur Syahirah Binti Mohamad Azman, selaku Wakil Top10, barisan Jurulatih Kompeni Charlie, Wakil Top10, Majlis Tertinggi Komander Kesatria, Mantan-mantan Komander Kompeni Charlie, barisan Komander Kompeni Charlie dan pelajar semester 1 kerana sudi menghadiri Perjumpaan Dwi-Tahunan Kesatria Negara Kompeni Charlie sesi Disember 2016-April 2017.
 
Bacaan doa oleh wakil pelajar kokurikulum.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Sayful Amiran Bin Suhaini iaitu wakil pelajar kokurikulum dari Kompeni Charlie.

Ucapan daripada Ketua Kompeni Charlie.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Ketua Kompeni Charlie, KM Nurul Asmawani Binti Karim untuk membubarkan ahli jawatankuasa yang lama sesi Jun 2016 - Oktober 2016 seterusnya membuat perlantikan ahli jawatankuasa yang baru bagi Kompeni Charlie sesi Disember 2016 - April 2017. Selain itu, beliau juga menceritakan tentang aktiviti yang diadakan pada semester lepas dan semester ini iaitu induksi, ikhtiar hidup, dan makan malam Kompeni Charlie yang akan disertai oleh para pelajar kokurikulum Kompeni Chalie. Akhir sekali, beliau mengakhiri ucapan dengan kata-kata "mulakan dengan azam dan semangat yang baru bagi mencapai kecemerlangan dunia akhirat."
 
Ucapan daripada Wakil Top 10.

Seterusnya, ucapan daripada KMdy Siti Nur Syahirah Binti Mohamad Azman sebagai Timbalan Pegawai Memerintah (TPM) pada semester ini. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa Kompeni Charlie sesi Disember 2016 - April 2017 serta memberi nasihat kepada pelajar kokurikulum agar mengambil peluang untuk menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan. Beliau juga mengambil kesempatan untuk menceritakan tentang kejayaan yang dirangkul oleh pasukan Komander Kesatria dalam aktiviti JAMBORI siri ke-12 yang berlangsung di UiTM Cawangan Perlis Kampus Arau. Akhir sekali, beliau berharap agar pelajar kokurikulum serta barisan Komander Kompeni Charlie dapat memberi komitmen untuk bersama-sama menaikkan lagi nama Kompeni Charlie.

Ucapan daripada Penasihat Kompeni Charlie.

Majlis diserikan lagi dengan ucapan Penasihat Kompeni Charlie, Kapt. (K) Siti Zarikh Sofiah binti Abu Bakar. Beliau mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru semester 1 ke Kompeni Charlie bagi sesi Disember 2016 - April 2017. Beliau juga menyampaikan sedikit ucapan agar pelajar kokurikulum dapat memberi kerjasama dan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh jurulatih dan komander bertugas. Selain itu, beliau juga memberikan nasihat kepada semua agar sentiasa berbuat baik dan sentiasa mengingati ibu bapa. Akhir sekali, beliau menyeru agar semua pelajar kokurikulum serta para komander dapat menjaga nama baik Kompeni Charlie.



Akhir sekali, pengerusi majlis iaitu saudari KRM Nur Farezah Binti Sahruddin mengharapkan kerjasama daripada setiap ahli Kompeni Charlie supaya dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya agar segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
 
Gambar bersama para tetamu yang hadir dan pelajar kokurikulum.
 

Barisan Komander Kompeni Charlie bersama Bakal Komander Kompeni Charlie.